Sunday, November 14, 2010

Pakej Percutian Ke Taman Negara Bako & Annah Rais (3Hari2Malam)

Tour Code:8833
Pakej Percutian Ke Taman Negara Bako & 
Rumah Panjang Annah Rais (3Hari2Malam)




email : cutiBorneo3@gmail.com
Hari Pertama : Kuching
Setibanya di Lapangan Terbang Kuching, pemandu pelancong akan menjemput anda dan akan membawa anda ke hotel penginapan anda. Jika anda tiba di Kuching menggunakan penerbangan pagi, kita ada mempunyai pilihan untuk anda memilih melawat ke Kampung Budaya Sarawak ataupun Kuching City Tour. 



Hari Kedua:   Taman Negara Bako & Rumah Panjang Annah Rais
8 pagi: Pemandu pelancong akan menjemput anda di hotel untuk ke Taman Negara Bako. Perjalanan ke Taman Negara Bako dengan kereta dan kemudian dengan bot mengambil masa sejam lebih dan setibanya di sana, pemandu pelancong akan membawa anda melawat sekitar hutan Bako. Di Taman Negara Bako ini, anda dapat melihat pelbagai jenis flora dan fauna seperti monyet Proboscis, bunga raflesia dan pelbagai hidupan liar yang lain. Setelah melawat Taman Negara Bako, pemandu pelancong akan membawa anda melawat Rumah Panjang Annah Rais iaitu salah satu rumah panjang kaum Bidayuh yang terdapat di Kuching. Anda akan kembali ke hotel anda pada lewat petang itu dan aktiviti bebas untuk anda pada sebelah malam.(Sarapan dan Makan Tengahari)

Hari Ketiga: Kuching
Pemandu pelancong akan menjemput anda di hotel selepas anda mendaftar keluar pada jam 0900 pagi dan akan membawa anda ke Pasar Tamu Satok( jikalau ia adalah Sabtu/Ahad), Kampung Melayu dan Kilang Pasu. Selepas itu pemandu pelancong akan menghantar anda ke Lapangan Terbang Kuching untuk penerbangan pulang anda.(Sarapan)

Pakej ini termasuk:
Harga pakej : RM780 setiap seorang (TWIN SHARING)
3 bintang: Hotel Regal Court / Harbour View.
Semua tambang, bayaran makan seperti yang ditulis diatas, bayaran masuk untuk setiap tempat yang dilawati, bayaran hotel,dan fee pemandu pelancong.
Harga pakej ini tak termasuk:
Minuman ringan, duit tip rm10 sehari kepada setiap pemandu pelancong.

Sila ambil perhatian: Harga hotel mungkin akan berubah jika ianya ditempah pada waktu cuti sekolah atau cuti am.

Hubungi kami: Sandy: +60 16 4123304    Richard: +60 17 856 3033
emel: CutiBorneo@yahoo.com
Tropical Adventure Tours & Travel, 
Lot 907-No 12, Soon Hup Tower, Grd Flr Mega Hotel, Jalan Merbau 98000 Miri, Sarawak 
(tel off: +60 85- 419337)  (emel: CutiBorneo@gmail.com)
laman web: www.BorneoTropicalAdventure.com , www.BestKuchingHotels.com ,  www.SarawakBorneoTour.com, SabahHoneymoonPackage.com
Informasi tentang Kuching:informasi, hotel, homestay di Kuching 

@@@@@@@